PEKELILING RASMI SYARIKAT PERWIRA HOLIDAYS SDN BHD
Polisi Pengiraan Komisyen Berasaskan Peratusan Nilai Jualan
- Dalam mendepani kecelaruan industri umrah negara, Perwira Holidays Sdn Bhd akan sentiasa berusaha membuat kajian dan penambahbaikan (R&D) dalam semua aspek pengurusan syarikat bagi mempastikan syarikat sentiasa berdaya saing dengan mengambil kira kebajikan dan benefit uang akan diperolehi oleh warga syarikat.
- Dengan terzahirnya polisi ini yang akan berkuatkuasa mulai 1 Disember 2023, maka polisi sebelum ini yang bertarikh 12 Jun 2023 terbatal.
- Cawangan dan Perunding Umrah PHSB layak menerima komisyen 3% hingga 5% nilai jualan keseluruhan bagi setiap pelepasan/penerbangan/kumpulan. Jumlah peratusan ini tidak terpakai kepada harga-harga pakej yang telah didiskaun untuk tujuan ‘Push Sales’ dan sebagainya. Penetapan komisyen untuk kes-kes terpencil seperti ini akan dimaklumkan secara khusus berdasarkan ‘case by case basis’. Huraiannya adalah seperti berikut:
a) RM100,000 dan ke bawah = 3%
b) RM100,001 hingga RM200,000 = 4%
c) RM200,001 dan ke atas = 5%
- Semua Perunding adalah dilarang sama sekali membuat persefahaman sesama sendiri untuk menghimpunkan nilai jualan atas nama seorang perunding dengan tujuan untuk menikmati komisyen yang tinggi. Sekiranya ibu pejabat PHSB mendapati kejadian ini berlaku, maka ibu pejabat boleh menamatkan kelayakan seseorang perunding secara serta-merta dan tidak membayar apa juga komisyen yang berkaitan. Larangan yang sama juga terpakai untuk cawangan yang membuat agenda sebagaimana di atas dengan cawangan-cawangan lain atau perunding dari cawangan lain.
- Dengan tawaran komisyen yang sangat tinggi dan boleh dikatakan tertinggi di kalangan agensi pelancongan yang lain dalam negara ini, maka tawaran terbang percuma apabila mencukupi 20 orang atau 30 orang adalah tidak terpakai lagi. Sekiranya perunding atau cawangan berhasrat untuk terbang menunaikan umrah, maka mereka menggunakan wang komisyen yang mereka perolehi. Bagaimanapun setiap warga pHSB akan diberi keistimewaan menikmati harga subsidi atas budi bicara Ketua Pegawai Eksekutif.
- Sekiranya Cawangan/Perunding berhasrat membawa sendiri jemaah atas kapasiti Ketua Kumpulan/Mutawwif, maka mereka perlu menempah satu PNR (minimum 40 seats) khusus. Perkara ini memerlukan proses perbincangan lanjut antara HQ dan Cawangan/Perunding. Nota persefahaman akan disediakan oleh HQ.
Kelebihan Cawangan Berbanding Perunding
- Meskipun secara kasar dilihat tidak ada perbezaan di antara level Cawangan dan level Perunding. Namun sebenarnya terdapat banyak kelebihan yang dinikmati oleh Cawangan. Antaranya:
a) Perkiraan peratus komisyen dikira secara kumulatif perolehan Perunding-Perunding Umrah yang berdaftar di bawah Cawangan bagi setiap pelepasan/penerbangan/kumpulan.
b) Nilai jualan RM500,000 dan ke atas pada bulan semasa layak mendapat rebat pengecualian sewa premis dan bayaran lesen perlancongan pada bulan tersebut (jumlah keseluruhan yang akan dibayar oleh ibu pejabat adalah nilai sebenar sewaan premis dan lesen atau RM1,000 mana yang lebih rendah).
c) Mempunyai kelebihan dari aspek pemasaran dan keyakinan pelanggan kerana mempunyai premis berlesan di kawasan masing-masing.
d) Mendapat kelayakan menyimpan stok bagasi dan cenderahati untuk memberi perkhidmatan pantas kepada jemaah.
e) Mempunyai kelebihan untuk merekrut perunding di bawah cawangan masing-masing.
Tatacara Pengurusan Jemaah
- Hos bagi satu-satu kumpulan penerbangan adalah tertakluk kepada Ibu Pejabat/Cawangan/Perunding yang membuat tempahan di mana hos mempunyai keistimewaan untuk memilih Mutawwif/Ketua Kumpulan sendiri.
- Hos boleh menerima atau menolak permintaan daripada pihak lain (Ibu Pejabat/Cawangan lain/Perunding dari cawangan lain) untuk menumpangkan jemaah ke dalam kumpulan tersebut dengan syarat perkiraan komisyen mestilah mengguna pakai polisi yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat.
- Hos bertanggungjawab memodalkan setiap penempahan kumpulan dan bersedia menanggung apa juga risiko berkaitan dengan tempahan tersebut.
- Ibu Pejabat Perwira Holidays Sdn Bhd adalah pihak yang bertanggungjawab memberi tafsiran kepada mana-mana klausa di dalam polisi ini sekiranya terdapat percanggahan fahaman di kalangan pihak-pihak.
Pengurusan Pemasaran
- Cawangan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menanggung kos pengajuran Kursus Intensif Umrah, penyediaan bahan-bahan pengiklanan untuk perunding-perunding di bawah naungan, kos sewaan dan utiliti premis cawangan.
Pengurusan Perunding Umrah
- Cawangan boleh melantik seberapa ramai perunding di bawah cawangan masing-masing (dengan kelulusan ibu pejabat).
- Sekiranya terdapat perunding yang ingin berhijrah dari Cawangan A ke Cawangan B, maka tidak ada halangan bagi perunding tersebut.
Pengurusan Jemaah
- Jemaah akan dikira mengikut tarikh penerbangan. Contohnya jemaah yang bernama Encik Arifin yang didaftarkan di bawah Cawangan A dan mengikuti kumpulan penerbangan dengan Cawangan B. Encik Arifin tertarik dengan pendekatan Ketua Kumpulan dari Cawangan B. Pada tahun berikutnya, Encik Arifin bersama keluarga sekali lagi mendaftar untuk menunaikan umrah, maka Encik Arifin tidak lagi terikat dengan Cawangan A. Encik Arifin boleh mendaftar dengan Cawangan B atas dasar dia selesa dengan Cawangan B. Maka Encik Arifin menjadi jemaah Cawangan B tanpa sebarang kaitan lagi dengan Cawangan A.
Dikemaskini pada 25 Oktober 2023.
