TENTANG PENGARAH
Mejar (B) Haji Mohd Abdul Wahab bin Abdullah merupakan anak kelahiran Selangor Darul Ehsan, dan mempunyai sejarah rantaian keluarga yang berasal dari Kelantan Darul Naim. Mewarisi nilai keteguhan dan tradisi dua negeri yang kaya dengan sejarah, beliau kini menetap di Bukit Sentosa, dalam daerah Hulu Selangor.
Bersama isteri tercinta, Puan Hajah Lafisah binti Mohd Nor, beliau telah membina kehidupan keluarga yang harmoni dan diberkati serta dikurniakan enam orang cahaya mata. Keluarga ini menjadi tonggak kekuatan serta sumber kebahagiaan dalam perjalanan hidup beliau.
SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) – UNITAR
DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM (SYARIAH) – UNISZA
Ahli Tim Makmal Penguatkuasaan Ajaran Sesat Malaysia mewakili Perisikan ATM (Peringkat Kebangsaan) – 2011 dan 2012
PENGALAMAN KERJAYA
Guru Sandaran
Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi, Gua Musang, Kelantan
(Januari 1987 – Ogos 1987)
Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera
Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur
(Ogos 1987 – Mac 2013)
Bertugas dalam aspek keagamaan, latihan rohani, serta kepimpinan spiritual di dalam Angkatan Tentera Malaysia selama lebih 25 tahun.
Pengarah Urusan / Perunding Motivasi
HAQQ Training and Services (kini dikenali sebagai HAQQ MANAGEMENT)
(Mac 2013)
Director (Operation)
Brisbane Capital Investment (BCI)
Level 18, 123 Eagle St, Brisbane QLD 4000, Australia
(Mac 2013)
Pengarah Urusan
- KAWAN MULIA HOLDINGS SDN BHD
- KAWAN MULIA PROPERTIES SDN BHD
- KAWAN INTERNATIONAL TRAVEL SDN BHD
Alamat: Level 13A-09, Plaza Azalea, Persiaran Bandaraya, Seksyen 14, 40100 Shah Alam, Selangor
(Sejak Mac 2014)
Penolong Pendaftar Perkahwinan
Bagi Kariah Bukit Sentosa 2
(1 Januari 2015 – 2022)
Pesuruhjaya Sumpah
(Sejak 1 November 2016)
Pengurus Cawangan
Juara Travel & Tours Sdn Bhd (Cawangan Rawang)
(1 Oktober 2016 – 2019)
Pemilik Syarikat Vital Management dan Pengerusi Program BB Train Run (National Event)
Pengasas, Pengarah & CEO
Perwira Holidays Sdn Bhd
(Sejak 2018 hingga kini)
PENGALAMAN, PENCAPAIAN & KECEMERLANGAN
1. Telah menjawat pelbagai jawatan di 12 formasi dan pasukan di dalam Angkatan Tentera Malaysia seperti:
- Pegawai Agama Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (Terengganu)
- Pegawai Agama Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (Perak)
- Pegawai Agama 71 Kumpulan Ordnans Divisyen (Sarawak)
- Pegawai Penyelidik Jabatan Arah KAGAT (Kuala Lumpur)
- Pegawai Agama Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (Sarawak)
- Pegawai Agama Kanan KD Malaya (Pangkalan TLDM Lumut, Perak)
- Pegawai Staf 3 Agama Markas Medan Tentera Darat (Kuala Lumpur)
- Pegawai Agama Rejimen Ke-4 Kor Polis Tentera Diraja (Selangor)
- Ketua Troop Troposcater, Rejimen Perhubungan Strategik (Selangor)
- Unit Perang Saraf dan Gerak Saraf, Cawangan Perisikan Markas Tentera Darat (Kuala Lumpur)
- Timbalan Pengarah Media kepada YB Menteri Pertahanan, Pejabat Menteri Pertahanan (Kuala Lumpur)
- Pegawai Staf 2 Penulisan kepada Panglima Tentera Darat di Pejabat Panglima Tentera Darat (Kuala Lumpur)
2. Terlibat secara langsung dalam kajian pengharaman arak di dalam ATM pada tahun 1996.
3. Terlibat secara langsung dalam kajian keberkesanan Dasar Pembinaan Mental dan Kerohanian Islam ATM (Perintah Majlis Angkatan Tentera 1991) pada tahun 1995 dan 2001.
4. Menjadi Pegawai Pengendali Masjid di pasukan-pasukan yang mempunyai masjid/surau jumaat seperti:
- Masjid Sri Pantai, Kuala Terengganu.
- Surau Darul Ridzwan, Kem Sri Miri, Sarawak.
- Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut, Perak.
5. Terlibat di dalam nukleus penubuhan Insititut Latihan dan Kefahaman Islam ATM (ILMI) pada tahun 1999.
6. Dilantik menjawat jawatan PS 2 Gerak Saraf dan Perang Saraf di Cawangan Perisikan, Markas Tentera Darat semenjak 2011.
7. Dipinjamkan ke Pejabat Menteri Pertahanan untuk membuat tugas Penolong Pengarah Media kepada Menteri Pertahanan pada tahun 2013.
8. Diberi kepercayaan menjadi Pegawai Penulisan kepada Panglima Tentera Darat sebagai jawatan terakhir dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia.
1. Penceramah jemputan di dalam majlis-majlis keagamaan.
2. Moderator dan ahli panel forum perdana ehwal Islam yang dianjurkan oleh berbagai agensi.
3. Menjadi pembentang kertas-kertas kerja di dalam kursus-kursus yang berkaitan dengan pengurusan, undang-undang kekeluargaan Islam (Hak-Hak Ahli BAKAT yang dilindungi oleh Undang-Undang Awam dan Tentera), motivasi dan pengurusan jenazah.
4. Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Negeri Selangor.
1. Johan Tilawah Al-Quran peringkat 4 Divisyen (2005, 2006 dan 2012)
2. Tempat Ketiga Tilawah Al-Quran peringkat Tentera Darat (2005 dan 2006)
1. Penulis sambilan di akhbar-akhbar utama dan majalah-majalah Islam seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, Suara Masjid Negara, dan majalah-majalah terbitan JAKIM. Penulisan rencana di akhbar-akhbar ini sangat aktif pada tahun 1995-1997.
2. Menulis buku ‘Menuju Reda Ilahi’ setebal 328 halaman yang mengupas Perintah Ulung Panglima Tentera Darat yang ke-23 dan telah dilancar oleh Panglima Angkatan Tentera pada bulan Mei 2011.
(Mohd Abdul Wahab Abdullah 2011, Tentera Darat Malaysia: Menuju Reda Ilahi, Kuala Lumpur, Cawangan Perisikan Tentera Dara
1. Juru Acara Rasmi Angkatan Tentera Malaysia di majlis-majlis rasmi Angkatan Tentera Malaysia yang melibatkan kehadiran pembesar-pembesar negara seperti Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, sultan-sultan dan sebagainya. Aktif menjadi juru acara rasmi ini semenjak tahun 2003.
2. Fasilitator tetap kursus-kursus pengacaraan di dalam Angkatan Tentera Malaysia yang telah dianjurkan.
3. Penyampai di dalam majlis-majlis kejohanan sukan dan ekspo yang dianjurkan oleh perkhidmatan ATM dan agensi awam.
1. Mewakili kontinjen KAGAT dalam pertandingan bola sepak.
2. Mewakili Kor Agama Angkatan Tentera dalam sukan boling semasa Kejohanan Sukan Antara Agensi-Agensi Agama Malaysia.
3. Dilantik sebagai ketua perbarisan semasa Kejohanan Sukan Antara Agensi-Agensi Agama Malaysia di Komplek Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
1. PINGAT PERKHIDMATAN AWAM PERTAMA (1988)
2. PINGAT PERKHIDMATAN AWAM KEDUA (1997)
3. PINGAT PERKHIDMATAN SETIA PERTAMA (2002)
4. PINGAT PERKHIDMATAN SETIA KEDUA (2005)
5. PINGAT JASA MALAYSIA (2006)
6. KESATRIA ANGKATAN TENTERA (2010)
1. Mantan Pengarah Urusan dan Pemegang Amanah Yayasan Perantau Maahad Muhammadi (PERAMAH).
2. Vice President Queensland Malaysia Indonesia Bussiness Council (QMIBC) – Chapter Malaysia.
1. Menjadi penceramah dan motivator kepada bakal jemaah haji dan umrah di dalam Angkatan Tentera Malaysia.
2. Dilantik sebagai Petugas Haji di bawah Tabung Haji untuk Musim Haji Tahun 2012.
