PERKHIDMATAN LAIN
BADAL UMRAH
Hadiah BADAL UMRAH buat ARWAH
Hanya RM650 sahaja!!!
🌷 Badal Umrah adalah antara pilihan terbaik untuk dihadiahkan kepada arwah ibu bapa, datuk/nenek, suami/isteri, adik-beradik serta arwah insan-insan lain yang tersayang.
🌷 Semua pahala yang diperolehi hasil dari ibadat umrah yang dibadalkan (diupahkan) itu akan mengalir kepada arwah insan-insan tersayang.
🌷 Badal Umrah ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh staf dan kakitangan syarikat Perwira Holidays Sdn. Bhd. di Tanah Suci.
🌷 Sijil Pengesahan akan dikeluarkan sebaik sahaja Badal Umrah telah sempurna dilaksanakan.
Sila WHATSAPP ke talian 011 5333 2248 dengan menyatakan:
👨🏻
Nama Waris:
Alamat Waris:
Nombor Telefon:
👴🏻
Nama Arwah:
Jangan lupa whatsapp gambar arwah (jika ada)
Kerana InsyaAllah kami akan berikan cenderahati menarik berupa MUG yang tertera gambar dan nama arwah.
Atau untuk memudahkan anda, sila klik pautan berikut:
BADAL HAJI
Perkongsian Info Badal Haji
🕋 100% atas dasar kepercayaan.
🕋 Petugas mesti seorang yang pernah mengerjakan Haji.
🕋 Petugas mesti seorang yang tahu hukum hakam ibadat Haji.
🕋 Hanya seorang petugas sahaja boleh berniat untuk seorang arwah.
🕋 Hanya boleh dilakukan pada musim Haji sahaja.
🕋 Petugas akan melaksanakan sepenuhnya kerja-kerja Haji bermula hari Wuquf, singgah di Mudzalifah, berada di Mina beberapa hari untuk melontar, kembali ke Mekah untuk Tawaf dan Saie.
🕋 Petugas perlu berihram dan berpantang sama seperti jemaah Haji yang lain.
Info Harga Upah Haji
Tabung Haji
RM2,500 (Tahun 2015)
RM3,000 (Tahun 2016 – 2018)
RM3,500 (Tahun 2019)
Iklan Individu di Pokok-pokok
RM1,500 (Sepanjang masa)
BERFIKIR DENGAN WARAS SEBELUM BUAT KEPUTUSAN UPAH HAJI
Jangan terpedaya dengan harga upah haji yang murah kerana banyak kejadian berlaku seperti:
😡 Wang diambil tapi badal haji tidak dikerjakan.
😡 Seorang petugas berniat sampai untuk 10 orang.
SECARA LOGIKNYA PERBELANJAAN DI MEKAH PADA MUSIM HAJI:
⚠️ Upah tolak wheelchair dari hotel untuk tawaf dan saie dan kembali semula ke hotel (sekitar RM1500), hanya mengambil masa sekitar 4 jam atau kurang pada musim haji.
⚠️ Upah tolak wheelchair untuk saie sahaja yang tak sampai 1 jam kerja pun mencecah RM500 pada musim haji.
Bayangkan, siapa yang sanggup mengambil upah hanya RM1500 untuk berihram dan bersusah payah berada dalam jutaan manusia selama seminggu dengan kos makan minum serta pengangkutan yang mahal pada musim haji, sedangkan dia bukan sanak saudara kita pun. Sudah semestinya tidak masuk akal.
Justeru saya mengajak umat Islam kembali rasional dalam membuat perhitungan harga untuk Badal Haji, jangan sekali-kali terpengaruh dengan harga yang murah. Kadar yang telah ditetapkan Tabung Haji itu amat munasabah, malah masih rendah kalau mahu dinilai dengan kadar matawang negara yang semakin jatuh akhir-akhir ini.
Cuba kita letakkan diri kita di tempat petugas badal haji tersebut, sanggupkah kita dengan hanya bayaran RM1500, kita melaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab sehingga terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk menampung perbelanjaan kos pengangkutan dan makan minum selama seminggu, malah sebahagian petugas yang datangnya dari Madinah (sejauh KL – Kelantan).
Kalau kita tulus untuk membuat upah haji kepada keluarga tersayang, biarlah kita rasa puas tanpa rasa ragu-ragu. Jangan ingat di Tanah Suci tidak ada penipuan dan kejahatan, malah di tepi Kaabah pun sendikit penyeluk saku yang menjalankan aktiviti mereka.
Sekurang-kurangnya kalau kadar upah haji itu boleh diterima akal, akan meredakan jiwa kita…tapi kalau awal-awal lagi dah tak masuk akal, bagaimana mungkin jiwa kita akan tenteram dengan wang yang diserahkan.
Perkongsian daripada:
Mejar (B) Haji Mohd Abdul Wahab Bin Abdullah
Perwira Holidays Sdn Bhd
Bersedia memberi khidmat nasihat dan perkhidmatan BADAL HAJI (tertakluk kepada kesesuaian petugas di Tanah Suci).
Saya izikan perkongsian ini disebar dan dikongsi bersama dengan umat Islam yang lain.
Pendaftaran Badal Haji
Sila Whatsapp ke talian 018 244 1335 dengan menyatakan:
Nama Penuh Arwah:
(Sila whatsapp gamabr arwah sekiranya ada)
Nama Waris:
Alamat Waris:
Nombor Telefon Waris:
Sijil dan cenderahati akan dipos ke alamat waris selepas satu bulan dari berakhirnya musim haji.
Sebarang kemusykilan sila berhubung dengan menekan pautan berikut:
