Syarat-Syarat Penerimaan Tawaran Perkhidmatan Umrah

  • Pelanggan perlu menghubungi Perwira Holidays Sdn. Bhd. untuk memastikan sekiranya masih ada kekosongan pada tarikh yang dipilih serta mendapat maklumat lengkap mengenai pakej tersebut.
  • Semasa berdaftar, pelanggan perlu menetapkan jenis bilik yang dikehendaki iaitu bilik berempat (Quad), bilik bertiga (Triple) atau bilik berdua (Double). Sekiranya menempah bilik berempat (Quad), pelanggan mesti mendaftarkan empat orang atau menunggu pelanggan lain untuk menumpang (sekiranya ada). Sekiranya tidak ada, pelanggan akan dicaj mengikut kekosongan jenis bilik yang sedia ada sama ada harga bilik bertiga (Triple), bilik berdua (Double) atau kemungkinan bilik seorang (Single).
  • Jumlah kanak-kanak mestilah tidak melebihi 10% untuk satu PNR kumpulan. Jika melebihi 10% diskaun kanak-kanak tidak akan terpakai dan perlu membayar harga dewasa.
  • Setiap tempahan perlu disertakan dengan wang deposit sebanyak RM1,000. Bayaran penuh perlu dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan bagi mengelakkan pembatalan tiket.
  • Pembayaran boleh dibuat menggunakan wang tunai/perbankan atas talian/cek/draf bank diatas nama Perwira Holidays Sdn. Bhd. melalui nombor akuan PUBLIC BANK BERHAD: 3816786330. Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran perlu diserahkan kepada pihak syarikat.
  • Semua pakej umrah tertakluk kepada syarat kelulusan visa dari kerajaan Arab Saudi. Perwira Holidays Sdn. Bhd. tidak bertanggungjawab di atas kegagalan mendapatkan kelulusan visa disebabkan oleh faktor-faktor luar kawalan syarikat seperti pelanggan mempunyai rekod halangan memasuki Arab Saudi, kegagalan pengesahan cap jari atau apa juga halangan dimana pembayaran telah pun dibuat kepada pihak yang berkaitan dengan permohonan visa.
  • Aturcara perjalanan dan lawatan yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan polisi (SOP) semasa oleh kerajaan Arab Saudi atau perubahan jadual penerbangan.
  • Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar yang mampu menyokong apa juga aplikasi yang diwajibkan oleh pihak kerajaan Arab Saudi.
  • Setelah pengesahan umrah dibuat, sebarang perubahan kepada tempahan yang dipohon oleh pelanggan akan dikenakan caj pindaan RM300 seorang bagi setiap pindaan serta kos-kos yang terlibat kerana pindaan. Tiada perubahan yang boleh dibuat dalam masa 15 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan.
  • Pihak Perwira Holidays Sdn. Bhd. tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung kerugian bagi apa-apa perbelanjaan atau bayaran balik pakej umrah sekiranya pelanggan tidak dibenarkan keluar dan masuk negara oleh pihak imigresen kerana melanggar undang-undang kerajaan Malaysia atau Arab Saudi.
  • Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat sekiranya pelanggan tidak menggunakan mana-mana perkhidmatan yang termasuk dalam pakej yang telah dipersetujui semasa pendaftaran. Pelanggan yang bercadang memanjangkan tempoh tinggal di Arab Saudi untuk apa juga aktiviti mesti mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Perwira Holidays Sdn. Bhd.
  • Harga yang ditunjukkan adalah harga pada masa penerbitan. Harga tertakluk kepada perubahan yang disebabkan oleh kenaikan pada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos hotel, kadar pertukaran matawang asing, cukai kerajaan Arab Saudi dan Malaysia. Harga yang digunapakai untuk bayaran deposit adalah mengikut harga yang terpapar di dalam laman sesawang syarikat. Pihak Perwira Holidays Sdn. Bhd. berhak menaikkan harga pakej berdasarkan kenaikan harga kos semasa meskipun telah dipersetujui bersama semasa pembayaran deposit.
  • Sekiranya terdapat perubahan tarikh dan masa oleh syarikat penerbangan atau perubahan situasi semasa di Arab Saudi yang memerlukan kepada tambahan penginapan, pengangkutan dan jadual program, pengiraan kos tambahan akan dilaksanakan dan Perwira Holidays Sdn. Bhd. tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas kos tersebut.
  • Pihak Perwira Holidays Sdn. Bhd. berhak untuk membatalkan atau menarik balik sebarang tempahan dan jadual penerbangan atau enggan menerima seseorang menjadi pelanggan sekiranya dia didapati membahayakan keselamatan atau kesihatan atau dia menganggu keselesaan pelanggan lain dalam kumpulan tersebut.
  • Pihak pengurusan Perwira Holidays Sdn. Bhd. berhak untuk menolak, mengubah, meminda, memadam atau menambah terma dan syarat yang dinyatakan atau menarik balik sebarang promosi pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.

 

  • Permohonan Visa Pelancong (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa kerajaan Arab Saudi):
    ➡️ Visa ini akan digunapakai dan hanya dibenarkan kepada pelanggan warganegara Malaysia, Singapura dan Brunei sahaja di kawasan Asia Tenggara.

    ➡️ Pelanggan berumur 18 tahun ke atas boleh memohon sendiri, manakala pelanggan berumur di bawah 18 tahun boleh memohon bersama penjaga.

    ➡️ Visa sah digunapakai selama setahun dari tarikh permohonan. Tempoh maksima dibenar tinggal di Arab Saudi adalah selama 3 bulan (90 hari). Status visa ini adalah kemasukan berulang (multiple entry).

    ➡️ Harga visa termasuk dengan pelan perlindungan yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.

    ➡️ Visa ini hanya terpakai kepada penerbangan berjadual (schedule flight) sahaja yang masuk melalui Terminal Antarabangsa Arab Saudi. Penerbangan sewa khas (charter flight) tidak dibenarkan menggunakan visa ini.

    ➡️ Pihak Perwira Holidays Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau faktor keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada kedutaan Arab Saudi.

 

  • Atau permohonan Visa Umrah (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa Arab Saudi):
    ➡️ Visa ini hanya akan digunapakai kepada warganegara selain Malaysia, Singapura dan Brunei atau mereka yang memerlukan dan tertakluk atas faktor-faktor tertentu yang akan dinilai oleh Perwira Holidays Sdn. Bhd.

    ➡️ Pelanggan lelaki dibawah umur 18 tahun serta pelanggan wanita berumur 45 tahun ke bawah perlu kepada mahram.

    ➡️ Pelanggan perlu mengemukakan salinan dokumen mahram yang disahkan oleh Jabatan Kerajaan berkaitan.

    ➡️ Visa sah digunapakai selama 30 hari dari tarikh dikeluarkan. Tempoh maksima dibenar tinggal di Arab Saudi adalah semalam 30 hari. Visa ini adalah kemasukan sekali (single entry). Harga visa termasuk dengan pelan perlindungan yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.

    ➡️ Pihak Perwira Holidays Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau faktor keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada kedutaan Arab Saudi.

 

  • Penginapan, makan dan minum serta pengangkutan di Arab Saudi termasuk cukai seperti mana dinyatakan di dalam pakej. Pihak syarikat berhak mengubah maklumat berkaitan dengan penginapan, makan dan minum serta pengangkutam di Arab Saudi mengikut taraf yang hampir sama dengan maklumat yang terdahulu.

 

  • Tempat lawatan seperti mana yang dinyatakan dalam pakej (tertakluk kepada kebenaran dan perubahan SOP semasa kerajaan Arab Saudi).

 

  • Maklumat cenderahati dan set bagasi adalah seperti mana yang dinyatakan dalam pakej.

 

  • Pengagihan Air Zamzam kepada jemaah adalah tertakluk kepada kebenaran semasa kerajaan Arab Saudi.

Pakej Tidak Termasuk

  • Kos rawatan, ubat-ubatan, wad dan kuarantin di hospital Arab Saudi yang tidak dilindungi atau melebihi perlindungan insurans.

 

  • Perkhidmatan porter atau khidmat tambahan lain di lapangan terbang atau di Arab Saudi yang tidak dinyatakan di dalam pakej.

 

  • Penggantian nilai barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan caj lebihan timbangan bagasi.

 

  • Sebarang perubahan kadar matawang asing yang menyebabkan kenaikan harga penginapan, pengangkutan, tiket penerbangan, cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.

 

  • Program lawatan atau aktiviti ke tempat yang tidak dinyatakan dalam pakej.

 

  • Makan dan minum yang tidak dinyatakan dalam pakej.

Kelulusan Permohonan Visa

  • Permohonan visa mengikut pakej adalah menggunakan visa umrah.
  • Sekiranya permohonan visa umrah ditolak (rejected), tiada alternatif lain dan jemaah perlu memohon visa on arrival selepas tiba di Arab Saudi atau membuat visa tourist.
  • Pihak agensi pelancongan tidak bertanggungjawab kepada sebarang sebab penolakan visa oleh kerajaan Arab Saudi serta caj yang telah hangus apabila semua dokumen yang diperlukan telah dikemukakan.
  • Caj visa baru akan dikenakan kepada pelanggan.

AKTA PELANCONGAN 1992 & PENDAFTARAN SYARIKAT

5.2 Tanggungjawab Syarikat, Syarikat mengaku janji untuk:

(a) Menasihati anggota pelancongan mengenai dokumen yang diperlukan.

(b) Mana-mana mungkin, syarikat akan membantu penumpang untuk memperoleh visa yang sesuai. Walaubagaimanapun, syarikat tidak dapat menjamin kelulusan mana-mana permohonan visa.

5.3 Fi dan Caj yang Relevan

Caj perkhidmatan dan visa hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh anggota pelancongan.

5.4 Penolakan Visa atau Dokumen Perjalanan

Jika atas apa-apa sebab, permohonan visa atau permit keluar yang perlu ditolak, tambang pelancongan selepas ditolak pentadbiran akan dibayar balik.

5.5 Penolakan Kemasukan

Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi apa-apa perbelanjaan, bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan masuk atau dideportasikan oleh pihak berkuasa imigresen kerana memiliki barang yang menyalahi undang-undang atau memegang dokumen perjalanan yang tidak wajar atau sebab-sebab lain.

Pembatalan Oleh Pelanggan

  • Pelanggan berdaftar tidak dibenarkan menarik diri tanpa sebarang sebab yang kukuh.

 

  • Permohonan pembatalan perlu dikemukakan melalui surat dan bukti bertulis dari mana-mana organisasi (sekiranya ada) atas nama Pengarah Perwira Holidays Sdn. Bhd. bagi mengelakkan salah faham.

 

  • Pembatalan yang melebihi tempoh 45 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj RM300 seorang atau 15% dari harga pakej mengikut mana yang lebih tinggi.

 

  • Pembatalan tempahan perlu mesti secara bertulis untuk mengelakkan salah faham (notis bertulis awal perlu diberikan kepada syarikat dengan sebab-sebab yang munasabah). Jika syarikat menerima notis untuk membatalkan tempahan itu 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM300 atau 15% daripada tambang pelancongan (mengikut yang mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan. Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai.

Lain-lain caj tambahan jika perlu:

  • Bayaran visa penuh sekiranya permohonan dan bayaran visa telah dibuat (caj bergantung pada harga visa).

 

  • Bayaran RM350 dikenakan sekiranya beg dan buku panduan tidak dipulangkan dalam keadaan sempurna.

 

  • Pelucutan deposit tiket RM1,000 sekiranya bayaran deposit tempahan tiket telah dilakukan.

Pembatalan Oleh Syarikat

  • Syarikat berhak membatalkan pakej yang ditawarkan jika berlaku bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau atas arahan Kerajaan Malaysia yang diluar kawalan syarikat.

 

  • Syarikat akan mengesyorkan pakej alternatif, sebaiknya ke destinasi yang sama atau destinasi lain. Sekiranya penumpang memutuskan untuk tidak menerima pakej alternatif itu, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kepada penumpang selepas ditolak fi pentadbiran dan segala bayaran yang telah dibuat oleh pihak syarikat kepada pihak pembekal perkhidmatan.

 

  • Jika keadaan memerlukan syarikat membatalkan lawatan disebabkan oleh kekurangan penumpang atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, syarikat akan memulangkan semua wang yang telah dibayar dan juga membayar pampasan seperti berikut: