KHIDMAT NASIHAT PERCUMA UNTUK BAKAL JEMAAH HAJI TAHUN 2025
Kami di PERWIRA HOLIDAYS SDN BHD akan menyediakan wadah untuk membantu umat Islam bagi memudahkan bakal jemaah Haji berurusan serta memperlengkapkan diri untuk menunaikan Haji pada tahun 2025. Kami merasa terpanggil untuk membantu bakal jemaah supaya tidak terperangkap dalam kes penipuan haji sebagaimana yang sering berlaku saban tahun.
Berapa bayaran untuk khidmat nasihat ini?
PERCUMA !!!
Bagaimana bentuk wadah yang akan disediakan oleh Perwira Holidays Sdn Bhd?
Mengumpulkan bakal jemaah dalam satu group whatsapp.
Melayan persoalan-persoalan jemaah berkaitan dengan urusan Haji 2025.
Memberi peringatan kepada jemaah tarikh-tarikh untuk membuat rayuan haji, membuat passport, mengambil suntikan/vaksin dan semua aspek pengurusan haji.
Menghubungi jemaah dengan kadar segera apabila terdapat kuota-kuota tambahan yang ditawarkan oleh Tabung Haji pada saat-saat akhir.
Sebanyak 2,500 kuota tambahan haji tidak dipenuhi pada tahun 2022 gara-gara kegagalan jemaah membuat persediaan di saat-saat akhir.
Bolehkah bakal jemaah yang masuk ke dalam group ini menyertai Pakej Asas Muassasah bersama dengan Tabung Haji?
Sangat-sangat boleh. Apabila bakal jemaah mendapat tawaran Haji oleh Tabung Haji, maka bakal jemaah boleh membuat pilihan sama ada ingin menyertai Pakej Tabung Haji (Muassasah) atau ingin menyertai Syarikat Swasta menggunakan kuota Tabung Haji.
Apakah nama syarikat yang mendapat lesen untuk membawa jemaah haji menggunakan kuota Tabung Haji pada tahun 2025?
Masih menjadi rahsia, kerana Tabung Haji akan melantik/mengumumkan syarikat-syarikat yang dilesenkan sekitar bulan Syaaban pada tahun semasa.
Berapakah harga pakej kalau berminat menyertai pakej swasta?
Berdasarkan harga pada tahun 2024, jemaah perlu mempunyai wang sekurang-kurangnya RM 60,000. Bagaimanapun harga pakej berubah-ubah pada setiap tahun bergantung kepada berbagai faktor.
Apa kelebihan menyertai pakej swasta?
Secara amnya kelebihan yang bakal dinikmati oleh bakal jemaah ialah:
Potensi dapat menunaikan haji lebih awal berbanding menunggu giliran sebagaimana tarikh yang dicadangkan oleh Tabung Haji semasa pendaftaran Haji.
Potensi untuk menunaikan haji pada tahun 2025 sangat besar kerana lazimnya terdapat kuota tambahan di saat-saat akhir.
Pilihan hotel yang lebih selesa dan dekat.
Menikmati pilihan bilik hotel yang lebih privacy iaitu bilik berdua, bertiga, berempat dan seumpamanya.
Menikmati makan secara buffet di restoran hotel speanjang di Tanah Suci berbanding dengan makan secara bungkus.
Mendapat layanan yang lebih sempurna oleh petugas/Mutawwif memandangkan syarikat swasta perlu mematuhi piawaian dan kualiti tertentu yang ditetapkan oleh Tabung Haji.
Bergerak dalam rombongan yang lebih kecil dan lebih selesa.
Bagaimanakah caranya bakal jemaah berhasrat untuk menyertai GROUP SANTUNI HAJI PERWIRA ini?
Bakal jemaah boleh menghubungi Mejar (B) Haji Mohd Abdul Wahab (CEO Perwira Holidays Sdn Bhd) di talian 0196511335 untuk dimasukkan ke dalam Group Whatsapp SANTUNIHAJI 2025.
SILA HUBUNGI 019 651 1335
Atau untuk lebih memudahkan bakal jemaah, sila klik pautan berikut: